Pages

Sunday 5 January 2014

Restoran Dayang Teluk Batik


Restoran Dayang ni terletak di Teluk Batik, Lumut. Betul-betul bersebelahan pantai perkelahan Teluk Batik. Berkonsepkan restoran terapung jadi para pelanggan harus meniti titi atau jambatan kayu untuk sampai ke restoran ini. Parking jangan risau, restoran ini mempunyai ruang parking yang luas.



Ibarat berada di pulau kecil, terdapat jugak chalet untuk disewa. Boleh tengok dalam gambar dibawah.. rumah-rumah kecil di sebelah kanan tasik.







Food tray di atas sekadar hiasan mungkin digunakan jika ada buffet.



Restoren tu tak tau la salah eja ke memang nama khas bagi restoran ini. Tapi papan tanda di gerbang masuk dah betul ejaannya. Tak apa lah kan yang penting dapat makan :)


Menu wajib jika datang ke restoran makanan laut semestinya ikan. Jom tengok dulu ikan apa yang ada...



Kami pilih ikan kerapu. Minta dimasakkan stim lemon.


Sebelum makan cuci lah tangan dulu tak kira la nak makan dengan tangan ke sudu kan. Nak nak pula datang dari mana dan apa aja yang dipegang. Unik kan sinki nya. Kuali tu.... :)
Itu bukan tangah CikJah tau sebab kami pakai jam tangan kiri hiii



Jus tembikai susu dia memang kaw! Berbaloi-baloi.


Sirap rose laici pun sodap.. Aroma rose nak memang harum.



Punya lah lama kami tunggu (padahal tak ada pelanggan lain pun) akhirnya makanan yang pesan sampai jugak.

Nasi putih.


Kailan belacan. Pertama kali order kailan belacan. Saja nak cari kelainan. Asyik-asyik makan kailan ikan masin atau kangkung belacan je kan. Sekali-sekala ubah menu pulak.


Udang mentega. Dari segi rupa memang tak menarik tapi rasanya sedap. Mujur ko Jah!


Tadaaa... ikan stim lemon kami.


Simple dan sedap.


Kami ke sana dah lewat petang dalam 6.30pm macam tu. Dok tunggu makanan sampai langit pun dah gelap tanda nak malam. Kami duduk meja tempat tak berbumbung (open air la konon) dekat pulak dengan air kan. Banyak la nyamuk datang menyerang. Siap bersila lagi di atas kerusi. Lantak la orang nak kata tak senonoh pun asalkan nyamuk tak gigit kami :(

Masa kami tengah makan tu baru ada pelanggan-pelanggan lain datang.

Kesimpulannya, makanan di sini sedap cuma bit pricey. Ikan dia rm140 sekilo okehh mujur cukup duit nak bayar kalau tak, tak pasal-pasal kena cuci pinggan di belakang restoran haha.

2 comments:

  1. Cer citer berapa RM bil nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe maaf ya encik/puan. Saya langsung tak ingat dah berapa RM bil. Tapi bit pricey bagi saya yang dompet kempis ni :-)

      Di Manjung ada 1 lagi kedai seafood yang sedap. Lokasinya di jalan menuju Jeti Lumut. Kedai di kiri jalan (bertentangan kedai steamboat). Selamat mencuba :)

      Delete