Pages

Thursday 4 April 2013

Kerang Bulu

Assalamualaikum semua.

Dah lama CikJah tak menulis. Minggu yang amat sibuk. Pindah randah tempat tinggal, di tempat keja pun amat sibuk dengan amanah kerja yang tak pernah habis sampai bila-bila.

Agak pelik tajuk post CikJah hari ni. Hari tu masa di Cilegon, kawan CikJah ni dia nak sangat makan kerang dan setiap kali singgah di gerai kerang tepi jalan mesti kerang bersaiz kecil ja ada. After few days, akhirnya ada la kerang yang dia idamkan.
2kg for IDR15000
Kawan CikJah kata nama kerang tu kerang bulu. Sungguh pelik kan nama kerang tu. Macam tak sesuai je panggil kerang bulu tapi dah itu namanya nak buat macam mana kan. 

Kerang bulu dijual dengan harga IDR15000 per 2 kg. Kami beli 4kg untuk 2 orang makan. Macam banyak je kan 4kg makan 2 orang. Kerang bulu ni amat besar saiznya. 1st time CikJah tengok. Saiznya hampir sama besar dengan ketam. Walaupun ketam tu boleh di kategorikan agak kecik saiznya tapi memang besar la kerang bulu ni. heee
Kerang bulu

No comments:

Post a Comment